Utama  //  Berita  //  Dividen 10 Peratus Bagi Ahli Koperasi Asmara

Artikel Sinar Harian bertarikh 8 September 2016



Koperasi Anak Sains Mara Berhad (ASMARA) yang dianggotai oleh alumni pelajar dan bekas kakitangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengumumkan dividen sebanyak 10 peratus bagi ahli-ahlinya untuk tahun kewangan yang berakhir 29 Februari 2016. Menurut pengerusinya, Prof. Emeritus Datuk Dr Md Mydin Md Sheriff, pemberian dividen tersebut hasil dari prestasi cemerlang pengurusan koperasi dan turut didorong oleh peningkatan keuntungan dalam projek-projek koperasi.

Pihak Asmara menumpukan perkhidmatan di Indonesia yang merangkumi perundingan, persijilan, logistik dan sokongan pengedaran yang mana mampu membantu para pengeksport terutama kumpulan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera. Menurut beliau lagi, Indonesia merupakan salah satu pasaran yang sukar ditembusi dan memerlukan platform seperti Asmara yang yang telah pun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin daerah yang menguasi industri kreatif.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online