Utama  //  Berita  //  Koperasi Kredit Dibatalkan Pendaftaran
Artikel Sinar Harian bertarikh 17 Julai 2016






Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 22 koperasi kredit yang akan disiasat secara terperici untuk mengelakkan koperasi tersebut didalangi ah long. Koperasi - koperasi ini juga gagal mematuhi undang - undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mana pendaftaran mereka boleh dibubarkan jika terbukti bersalah. Sejak 29 Jun yang lalu, 12 koperasi telah dibubarkan dengan serta merta atas kesalahan melanggar undang - undang SKM.

Pihak SKM akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) (Akta 502) dan boleh dibawa ke mahkamah untuk disabitkan kesalahan jenayah.Buat masa kini, terdapat 639 koperasi yang menjalankan aktiviti kredit dan mempunyai anggota seramai 2.17 juta orang dan modal syer sebanyak RM 9.3 bilion.

Permohonan pembiayaan secara online