Utama  //  Berita  //  Sistem Koperasi Terbaik Untuk Digunapakai
Artikel Sinar Harian bertarikh 20 Jun 2016,






Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Felda bahawa masyarakat luar bandar terbeban ekoran masalah kenaikan harga bahan mentah. Beliau memohon agar kerajaan lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut. Beliau menyatakan bahawa tiga kementerian utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Felda perlu berganding bahu dalam mencari penyelesaian masalah tersebut.

Beliau mencadangkan agar pihak yang terbabit bekerjasama dengan pihak koperasi untuk program penternakan dan pertanian yang mana penggunaan sistem koperasi mampu mengawal harga barang berbanding penggunaan orang tengah. Kerajaan juga mampu mengurangkan kos mengimport bahan mentah dari luar negara jika dapat melakukan aktiviti penternakan dan pertanian secara besar besaran demi menampung keperluan domestik.

Permohonan pembiayaan secara online