Utama  //  Berita


Artikel Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2018



Keyakinan orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan ditawarkan oleh koperasi perlu diperkukuhkan dengan penjenamaan semula koperasi berikutan wujudnya stigma masyarakat yang beranggapan produk atau servis keluaran koperasi tidak setanding atau berkualiti dengan syarikat lain. Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Yaakob lagi, syarikat milik koperasi seperti Dutch Lady ialah salah satu keluaran antarabangsa yang berkualiti.

Beliau mencadangkan agar jenama perniagaan menjadi identiti baharu kepada produk koperasi supaya dapat menarik perhatian pengguna. Beliau turut menyarankan Koperasi Orang Asli tidak hanya menumpukan kepada sektor perladangan namun turut mencari peluang dalam bidang pelancongan desa yang berpotensi besar.

Selanjutnya: Sinar Harian
 


Artikel Sinar Harian bertarikh 15 Februari 2018



Aset terkumpul berjumlah RM 560 juta daripada 700 buah koperasi di negeri Terengganu telah direkodkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun lalu. Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Terengganu, Mohd Solehin Ramli berkata aset itu termasuk keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan yang dijalankan serta perlaburan ahli - ahli koperasi.

Beliau turut mengulas mengenai koperasi yang tidak aktif yang berpunca dari tiada hala tuju sehingga menyebabkan tiada bidang perniagaan dijalankan sejurus penubuhan lalu menjadikan pembangunan koperasi tersebut tergantung. Menurut beliau lagi, sebanyak 100 buah koperasi di negeri Terengganu sudah tidak lagi aktif.

Selanjutnya: Sinar Harian
 
Persatuan Alumni Maktab Koperasi Malaysia sedang mengadakan kempen Umrah Perdana 1Malaysia sebagai salah satu inisiatif merealisasikan hasrat ahli PAMAKOM / anggota koperasi / bekas anggota koperasi / balu atau duda bekas anggota koperasi untuk bersama - sama menunaikan ibadah umrah.

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) menyokong penuh usaha murni ini yang dilakukan oleh pihak PAMAKOM demi memenuhi tuntutan agama. Bagi individu yang berminat dan ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai kempen ini, sila hadir ke pejabat PAMAKOM MALAYSIA atau boleh hadir ke Pejabat KOIMAN selaku koperasi rakan umrah perdana 1Malaysia.

Untuk makluman lanjut:-

PERSATUAN ALUMNI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

24-2 JALAN 2A/27A

SEKSYEN 1, WANGSA MAJU

53300 KUALA LUMPUR

SMS/WhatsApp: +6019.265.3388 FAKS: +603.6156.3999

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WEBSITE: www.umrahperdana.com

Pautan Borang dan Makluman
  1. Bunting Umrah Perdana 1Malaysia
  2. Flyers Umrah Perdana 1Malaysia
  3. Borang UP1M 3A
  4. Borang UP1M 3B

Penafian: KOIMAN hanya terlibat dalam mengiklankan kempen ini dan tidak menguruskannya. Sila rujuk informasi yang disertakan untuk makluman kempen.
 

Artikel Sinar Harian bertarikh 11 Disember 2017


Perkhidmatan dobi ialah sebuah perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan oleh koperasi masjid dalam menjana keuntungan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata perkhidmatan dobi ini menjadi keperluan bagi golongan yang bekerjaya yang tidak mempunyai banyak masa untuk mencuci sendiri justeru menghantar dobi adalah lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Hasil dari potensi ini, Angkasa melalui bahagian inovasi telah dalam cadangan untuk membangunkan mesin basuh patuh syariah untuk mengelakkan pertikaian tentang proses pengaliran air di dalam mesin basuh sedia ada supaya masyarakat tidak was - was ketika menggunakannya.

Selanjutnya: Sinar Harian
 

Permohonan pembiayaan secara online